Wednesday 10 December 2014

Licik: Masa Mengemis Tiada Kaki, Dah Dapat Duit Terus Ada Kaki!




Pelbagai kerja dan cara manusia lakukan untuk mendapatkan duit. Ada cara yang elok dan ada juga ada yang tidak elok. Apapun kita mestilah menggunakan cara yang bersih dan halal untuk mendapat keberkatan.

Kali ini kami akan berkongsikan tentang seorang pengemis di China yang cacat yang tidak mempunyai kaki sedang menggemis minta sedekah.

Orang dalam gambar kelihatan dia tidak mempunyai kaki dan boleh dilihat merangkak melalui jalan-jalan dan menjangkau sedekah dari orang ramai.

Pengemis bukanlah perkara baru di semua bandar di seluruh dunia. Tetapi penggemis ini telah menarik perhatian kami dan sesiapa sahaja yang terlihat pasti akan rasa kesian dan simpati seterusnya akan memberi sedekah.









Seorang jurugambar telah mengikut penggemis ini dan terkejut selepas menyaksikan sesuatu perkara yang aneh dimana selepas cukup wang yang dikutip tiba-tiba lelaki ini terus sembuh dengan mempunyai kaki baru dan bangun berjalan untuk mengira wang yang di perolehi.










Nampaknya ramai orang sudah terpedaya dengan taktik lelaki ini yang menyamar sebagai penggemis cacat untuk meraih simpati. Siap boleh berdiri pakai baju lawa lagi.-Siakapkeli.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog