Friday 17 October 2014

Betulkah Angelina Jolie Akan Meninggal 3 Tahun Lagi?



Selain cantik dan berbakat, Angelina Jolie dikenali sebagai artis yang mempunyai watak yang mesra dan tidak sombong. Namun kini, muncul khabar bahawa waktu hidupnya tinggal tiga tahun. Benarkah?

Khabar mengejutkan itu dilaporkan pertama kalinya oleh majalah Globe. Media Amerika itu memaparkan bahawa suaminya Brad Pitt itu dalam diam-diam telah mempersiapkan segala sesuatu sebelum maut datang menjemputnya


Angelina Jolie dan Brat Pitt


Angelina sendiri memang mempunyai risiko tinggi mengidap kanser payudara dan rahim. Penyakit berbahaya itu juga yang telah merangut orang terdekatnya, termasuk ibunya sendiri

"Angelina berusaha memanfaatkan hidupnya sebaik mungkin kerana mengikut hatinya mengatakan bahawa dia sudah tak punya banyak masa. Dia pasti akan melakukan apapun demi memperpanjang masa hidupnya, namun dia menyedari bahawa usianya mungkin takkan lebih dari kepala empat," kata dari salah satu sumber.

Risiko kanser dalam dirinya telah membuatkan Angelina melakukan operasi pembuangan payudara beberapa bulan lalu. Dalam waktu dekat, dia juga akan melakukan operasi pembuangan rahim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog