Friday 17 October 2014

Alvin Tan Dakwa Dah Berjanggut Tunggu PDRM


Marah ada, geram pun ada bila melihat blogger se-ks Alvin Tan terus-terusan menghina kedaulatan undang-undang Malaysia.

Disangkakan apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri mengumumkan bahawa PDRM akan memburu Alvin sampai dia berjaya diberkas sudah tentu tak lama pengkhianat negara ini akan disumbat ke penjara kerana kesalahan dilakukan.

Malangnya hari ini Alvin sekali lagi menunjukkan kepada dunia bahawa dia masih bebas mencarut dan menunjuk lagak menerusi status berbunyi:





‘Still waiting for the IGP to come and arrest me here in Hollywood, Los Angeles… Zzzzzzz.
IGP cakap besar je… Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bodoh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putih saya tunggu…’






Sebelum ini Alvin Tan menerusi akaun Facebook pada 26 September lalu mengutuk pemerintahan Kerajaan Malaysia menerusi satu status yang diiringi gambar dia menunjukkan jari tengah bersama kapsyen ‘fcuk UMNO’.

Sumber mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog