Monday 1 September 2014

Wanita Bertudung Kembang Mengamuk di Laman Komen Instagram

Semalam telah viral satu gambar yang diambil ketika satu program televisyen TV3 menunjukkan seorang wanita bertudung dengan fesyen pelik dan kembang.Wanita yang dikenali sebagai Aimi Najwa tersebut memakai tudung berwarna biru dengan fesyen yang agak pelik telah dikutuk dilaman sosial Facebook sejak gambar itu di muatnaik semalam.


Semalam keadaan bertambah panas apabila seorang penulis novel terkenal iaitu Nizam Zakaria telah memuatnaik semula gambar tersebut di laman sosial Instagramnya dengan meletakkan 'Kaedahnya' sebagai caption gambar tersebut.


Mungkin dia lupa bahawa dia merupakan seorang 'Public Figure' yang mempunyai ramai follower menyebabkan pemilik gambar tersebut iaitu Aimi Najwa telah memberi komen yang panas di gambar tersebut. Beberapa komen tersebut juga ada yang menyebabkan Aimi dihentam semula apabila mengugut untuk menyaman Nizam,mengutuk wanita yang tidak memakai tudung dan melabel seseorang sebagai ahli neraka.

Komen-komen Aimi tersebut dibalas dengan sindiran oleh pengguna yang lain menyebabkan beberapa komen telah dipadam. Keadaan bertambah panas apabila seorang pengguna Instagram yang menggunakan akaun bisnesnya untuk menempelak kembali Nizam. Di penghujung komen akhirnya lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami kepada Aimi tersebut.


Beberapa artis juga dilihat memberikan komen ringkas seperti Elfira Loy dan Nad Zainal.


sumber:  beritabadass.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog