Monday 1 September 2014

Maut akibat sahut cabaran Ice Bucket Challenge

Tidak sangka cabaran Ice Bucket Challenge yang dilakukan Nancy menjadi titik hitam dalam hidupnya apabila remaja berusia 17 tahun daripada Missisipi itu maut ketika menyahut cabaran yang sedang popular ketika ini.

Menerusi video yang tersebar luas di media sosiak itu, menunjukkan Nancy yang sedang bersiap sedia untuk menyahut cabaran Ice Bucket Challenge di belakang rumahnya bersama adiknya.

Walaubagaimanapun, belum sempat ais dicurah keatasnya, baldi penuh berisi air yang dipegang sepupunya Shawan Oley yang berdiri di atas pelantar itu terjatuh dan kemudian menghempap kepalanya.

Ekoran dari kejadian itu, Nancy dikejarkan ke Pusat Kesihatan Universiti Missisipi dalam keadaan kritikal. Malangnya Nancy tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia akibat kecederaan yang parah di lehernya.


Keluarga Nancy berharap agar kejadian malang yang menimpa anak mereka akan memberi kesedaran kepada remaja-remaja yang menyambut cabaran itu agar lebih berhati-hati.

sumber: ohmedia.my

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog