Monday 15 September 2014

Program-program Menarik Untuk Para Remaja iM4U!

PROGRAM UTAMA
Jaringan Pusat Outreach iM4U yang banyak di institusi pengajian tinggi dan institusi yang berkaitan dengan belia membolehkan iM4U menanam semangat kesukarelawanan kepada belia di seluruh Negara dengan lebih berkesan. Usaha ini disokong oleh Street Team iM4U yang menjelajah ke seluruh Negara untuk membantu dan mempromosikan misi iM4U.


Reach Out Convention & Celebration



Reach Out merupakan platform di mana iM4U mempromosikan kesukarelawanan kepada belia di kawasan bandar melalui perkongsian pengalaman oleh mereka yang berjaya di kerjaya masing-masing.

Objektif "Reach Out" adalah untuk memberi inspirasi kepada belia kita. iM4U mengumpulkan ikon antarabangsa dan tempatan untuk berkongsi penglibatan mereka dalam aktiviti sukarela serta menunjukkan bahawa masing-masing boleh mencari peluang bersukarela dalam pelbagai jenis cara dan program.

Sejak tahun 2013, iM4U berjaya memaparkan barisan penyampai yang mengujakan seperti Pushpa Basnet CNN Hero 2012) & Andy Ridley (pengasas bersama Earth Hour).

Artis Youtube seperti David Choi, Kina Grannis dan ramai lagi juga pernah beraksi di pentas Reach Out.




COOK4U



Program Cook4U yang diasaskan oleh iM4U bertujuan menggalakkan para belia untul belajar memasak dan menggunakan kebolehan ini untuk berkhidmat bakti.

Acara pertama adalah bersama pihak Kechara Soup Kitchen di mana Street Team iM4U serta sekumpulan sukarelawan telah menyedia dan menghantar makan malam kepada lebih kurang 200 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Sehinga kini, iM4U telah menjalankan program ini do negeri Sabah, Perak dan negeri-negeri lain bersamaan aktiviti bantuan banjir




Street Watch iM4U


Mentor iM4U Tan Sri Michelle Yeoh menekankan bahawa “Wanita bukan untuk diganggu” di majlis pelancaran kempen Street Watch iM4U yang dianjurkan bersama pihak RapidKL.

Dengan projek pertama beliau sebagai mentor iM4U, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya menarik perhatian kepada sebuah isu yang menjadi tumpuan ramai. Beliau bermatlamat untuk menggerakkan semua rakyat Malaysia untuk lebih peka kepada usual keselamatan wanita semasa menggunakan pengangkutan awam.

Dengan percambahan idea dari beliau, iM4U telah menyediakan 5 ikrar dan 5 tips keselamatan yang dikongsikan melalui media sosial dan dipromosikan bersama RapidKL melalui rangkaian pengangkutan mereka.






MYMOMENTS@TASIK KENYIR


iM4U telah menjalankan program MyMoments dari 28 – 30 Mac 2014 dengan kerjasama pihak Pelancongan Malaysia dan Canon Malaysia sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

32 orang pelajar dari beberapa buah IPTA tempatan bertuah menerima bimbingan dari seorang Pakar Produk Canon dalam penggunaaan kamera DSLR untuk menangkap gambar di sekitar Tasik Kenyir. Mereka juga sempat menikmati peluang untuk mempertingkatkan kemahiran fotografi sambil menjalankan aktiviti sukarela.

Di antara aktiviti sukarela yang dianjurkan termasuk gotong royong di Kampung Basong bersama masyarakat tempatan, dan projek eko bersama pekerja Tasik Kenyir Resoirt di Taman Herba Mini mereka.






Bukan ini sahaja aktiviti yang dijalankan, ada banyak lagi aktiviti yang menarik yang berguna untuk para remaja. 
Kalau-kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyertai atau membuat aktiviti sukarelawan dan memerlukan bajet boleh pergi ke laman web im4u atau tekan di Iklan di sebelah ini!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog