Thursday 18 September 2014

Lelaki Bagi 'Petua' Membunuh Kucing Dikecam



Seorang  lelaki telah dikecam dilaman sosial kerana telah memberi petua bagaimana untuk membunuh kucing.

Komen yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan bermula dari satu status dari seorang pengguna laman Facebook yang tidak berpuas hati dengan kucing jirannya yang dikatakan berak dan kencing merata.

Status wanita berkenaan  kemudiannya mendapat perhatian dari status lelaki terbabit yang telah memberikan komen menyuruh wanita itu memberi racun kepada kucing tersebut.

'Petua' yang diberikan oleh lelaki tersebut mendapat kecaman dari ramai pencinta kucing.

Tidak tahu apa masalah lelaki ini dengan kucing sampai terkeluar dari kepalanya idea sedemikian rupa. Walaupun kucing itu yang bermasalah, sampai nak membunuh-bunuh tu berdosa namanya. - SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog