Tuesday 26 August 2014

SERAM: 10 tempat paling menyeramkan di dunia

Walaupun tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan kejadian luar biasa ini, kita tidak boleh menidakkan laporan demi laporan yang diterima tentang pertemuan dengan hantu dan fenomena paranormal di beberapa tempat di dunia ini. Legendanya berbeza di setiap tapak kebudayaan namun laporan yang dibuat adalah hampir sama.

Terdapat banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat dibuktikan dengan sains dan masih tidak boleh diterangkan. Jika suatu hari nanti ia boleh diterangkan dengan jelas tentang kewujudan makhluk ini, orang ramai mesti berfikir dua kali sebelum mereka keluar malam dan akan menjadi lebih berhati-hati.

Di bawah adalah senarai 10 tempat paling menyeramkan di dunia. 

Monte Cristo Homestead



Monte Cristo Homestead yang terletak di Junee, New South Wales, dikatakan rumah paling berhantu di Australia. Pelawat dan pekerja banyak melaporkan terlihat hantu daripada pemilik asal yang telah meninggal dunia, The Crawleys. Rumah ini sekarang menjadi gudang antik dan tarikan pelancong serta telah banyak kali disiarkan dalam rancangan TV.

50 Berkeley Square



50 Berkeley Square dibina pada tahun 1740. Rumah ala bandar 4 tingkat ini sekarang dikenali sebagai rumah paling berhantu di London. Terdapat banyak kes kematian dan kejadian ghaib yang dilaporkan di aras paling tinggi dalam bangunan ini.

Changi Beach



Semasa penjajahan Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua, dalam pembunuhan terancang yang dinamakan operasi Sook Ching, orang Cina dibawa oleh askar Jepun ke sebuah lokasi terpencil dan dibunuh. Antara lokasinya adalah Taman Pantai Changi di mana dikatakan tangisan mangsa masih kedengaran. Muka seperti hantu juga dilaporkan berkeliaran di sekitar pantai tersebut, meninggalkan jejak berdarah.

Screaming Tunnel



Screaming Tunnel atau ‘Terowong Menjerit’ terletak di Niagara Falls, Ontario, Canada, yang mendapat namanya daripada beberapa versi legenda yang mengatakan seorang perempuan pernah dibakar hidup-hidup di dalam terowong ini. Ada dakwaan mengatakan, kalau sebatang mancis dinyalakan di dalam terowong ini, hantu perempuan itu akan mula menjerit seperti sedang dalam saat-saat kematiannya.

Bachelor’s Grove Cemetery




Bachelor’s Grove Cemetery adalah sebuah tanah perkuburan kecil di Chicago dan tiada apa yang menarik padanya. Namun begitu, ia menjadi kawasan panas untuk rituan pemujaan syaitan setelah sekian lama. Ritual itu telah menyebarkan khabar angin yang ada penampakan hantu di tanah perkuburan terkenal dengan gambar yang diambil pada tahun 1991 menggunakan kamera infra-merah, yang menunjukkan seorang wanita kulit putih sedang duduk.

Bhangarh Fort Ruins



Bhangarh Fort terletak di lereng bukit dalam runtuhan bangunan di Bhangarh, Rajasthan, India. Legenda mengatakan yang seorang tantrik atau ahli sihir bernama Singhia, dalam cubaan menggoda puteri Bhangarh menjadi mangsa sihirnya sendiri dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, telah menyumpah tempat ini. Dalam setahun selepas kematiannya, puteri tersebut terbunuh dalam sebuah pertempuran antara Bhangarh dan Ajabgarh.

Muzium Babenhausen




Muzium Babenhausen adalah bekas berek Jerman yang dipercayai dihantui dengan hantu askar Jerman. Dikatakan terdapa seorang ahli sihir yang dibunuh di bandar Babenhausen dan sejak itu, hantunya telah mengambil nyawa beberapa orang askar Jerman yang sehingga kini, jika seorang askar melawat muzium itu dan menjawab panggilan telefon, dia akan mendengar suara perempuan bercakap di belakang.

Union Cemetery



Union Cemetery of Easton di Connecticut dipercayai merupakan salah sebuah tanah perkuburan paling berhantu di Amerika Syarikat. Laporan kejadian berhantu termasuklah Perempuan Berkulit Putih dan sepasang mata merah, melihat dari semak. Beberapa variasi legenda menyelubungi kedua-dua fenomena.

The Screaming Bridge of Maud Hughes Road



Maud Hughes Road of Liberty Township, Ohio dipercayai dihantui oleh beberapa orang manusia yang kehilangan nyawa mereka atau membunuh diri di atas jambatan. Menurut satu legenda, seorang perempuan melempar bayinya daripada jambatan itu ke atas laluan kereta api lalu menggantung dirinya sendiri. Kelibat figura hitam berkelubung dan kereta api berhantu juga dilaporkan.

The George Stickney House



Sekarang menjadi Jabatan Polis bagi kampung Bull Valley di McHenry County, Illinois, Stickney Mansion dikatakan dibelenggu oleh entiti paranormal, yang pernah digunakan oleh Stickney untuk mempersembahkan séances di dalam rumah untuk menghubungan anak-anak mereka yang telah meninggal.



Sumber: 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia - Fuh.My

1 comment:

  1. Kepada peminat2 hantu sila melawat kem hantu diceritakan. Dan kepada bomoh2 hantu kalau nak belajar ilmu hantu sila berkunjung kesana. Nak jadi kuat macam badang pun bolih . Pergi makan muntah hantu tu. tentu dapat jadi juara angkat berat piala dunia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog