Thursday 7 August 2014

Pesta bogel di Pulau Pinang memalukan negara


GEORGE TOWN – Rakaman klip video bertajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 yang memperagakan aksi-aksi sekumpulan 18 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel melakukan aktiviti riadah di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang di sini tersebar semalam.

Video berdurasi lima minit 49 saat yang mengemparkan itu bermula dengan beberapa keping gambar deretan sampan di jeti Taman Negara Teluk Bahang dan bangunan pejabat di situ.

Selepas itu ia disusuli dengan tayangan video kumpulan terbabit yang dipercayai bukan rakyat Malaysia sedang berbogel di sebuah dewan binaan kayu di pantai berkenaan dengan beberapa individu lain melakukan aktiviti mengecat badan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog