Wednesday 25 December 2013

Budak perempuan 3 tahun ditinggalkan ibu bapa

                         
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui dihadapan pintu Tapak Pesta Pulau Pinang dipercayai ditinggalkan keluarganya awal pagi tadi.
Kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 2.30 pagi oleh pekerja tapak pesta berkenaan dan menghantarnya ke Balai Polis Sungai Nibong. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Jihan dan dia dipercayai ditinggalkan keluarganya di situ tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. 

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit.

"Sehingga kini tiada individu atau ahli keluarga kanak-kanak itu hadir ke Balai Polis Sungai Nibong untuk mengambilnya dan kanak-kanak itu akan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Seksual (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog