MALANG tidak berbau.. seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut akibat terjatuh dari tingkat dua, Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur petang tadi.
Kejadian itu menggemparkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan dan menjadi bualan hangat netizen apabila gambar berkaitan dikongsi di laman sosial.
Berdasarkan komen, ada yang mengesahkan kejadian berkenaan dan tampil dengan pelbagai ‘fakta’ seperti mendakwa kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun, terjatuh ketika berebut wang untuk membeli aiskrim.
Bagaimanapun setakat ini, kami dapati belum ada laporan rasmi disiarkan berkaitan kejadian tersebut.
Rata-rata menzahirkan rasa simpati namun pada masa sama ada juga yang mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku di samping berkongsi cerita tentang kompleks beli belah berkenaan dikatakan memang agak ‘bahaya’ buat kanak-kanak jika tidak dipantau teliti.
Apa-apa pun, perkara telah pun berlaku dan semoga insiden ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat para ibu bapa dalam menjaga anak-anak di mana jua anda berada.
sumber
No comments:
Post a Comment