Saturday, 4 April 2015

Pulau Yang paling Popular Di Jepun Ini Terbengkalai Dan Sangat Menyeramkan


Dikenali sebagai Gunkanjima (Pulau Battleship) kerana bentuk dan pembentukan tembok yang tinggi dan menyerupai seperti bentuk kapal perang, Pulau Hashima adalah salah satu yang paling sering di perkatakan di Jepun tentang tempat-tempat dalam sejarah penerokaan bandar. Diduduki pada 1887-1974 dan dibelenggu oleh khabar angin mengenai buruh paksa, Gunkanjima telah dibeli oleh Mitsubishi pada tahun 1890 untuk melombong arang batu laut dalam. Ia terus memainkan peranan penting dalam perindustrian Jepun.

Petroleum menggantikan arang batu di Jepun pada tahun 1960-an dan pengeluaran di pulau itu menurun. Mitsubish menututup lombong itu pada tahun 1974 dan 835 orang penduduk meninggalkan Pulau Hashima. Pemilikan sejak itu telah diserahkan kepada bandar Nagasaki (15km jauhnya) dan pulau kekal sebagai tarikan pelancong, walaupun akses adalah terhad kerana keadaan berbahaya bangunan terbengkalai, ada yang telah runtuh ke bawah membuatkannya kelihatan menyeramkan dan amat popular di kalangan penduduk tempatan.












sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog