Thursday, 18 September 2014

Mayat 'Dihalau' dari Kubur Lepas Tamat Tempoh

SEORANG pekerja tanah perkuburan membawa mayat seorang wanita semasa proses pemindahan mayat.


BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, lapor portal MailOnline semalam.
Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.
Kebanyakan mayat-mayat yang 'diusir' itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.
Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.
"Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka," kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.
Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai. - Agensi
sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog