Thursday, 18 September 2014

Konsert Shila Hamzah Terima Tajaan Syarikat Judi Punca Media Melayu Tidak Dijemput?

Akhirnya hari ini media-media Melayu arus perdana telah mula bersuara mengenai kontroversi Shila Amzah dan konsertnya. Pendedahan demi pendedahan dilakukan, dan ternyata nama besar seperti Kosmo dan Berita Harian bukan sahaja tidak menerima jemputan awal  daripada pihak penganjur, malah terpaksa meminta seperti pengemis dengan pihak penganjur untuk diberikan peluang membuat liputan mengenai konsert penyanyi kesayangan ramai ini.

Tambah menarik apabila suratkhabar Kosmo hari ini memaklumkan yang difahamkan konsert Shila Amzah ini mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya. Dalam tulisan karya Maliah Surip yang dikeluarkan di Kosmo hari ini menyatakan bahawa:
Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd..
Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah.
Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya.
Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?
Shila atau peminat yang di belakang Shila perlu faham beberapa konteks tentang menerima jemputan undangan, melaporkan berita atau membuat gosip.
Sebagai seorang artis yang bergiat dalam bidang seni bermula dari zaman kanak-kanak, daripada bukan sesiapa kepada Shila yang hari ini telah terbang tinggi hingga ke luar negara, Shila sepatutnya sudah masak dengan dunia hiburan.
Sudah berusia 24 tahun dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang ini, seharusnya sikap Shila perlu jauh lebih matang daripada semua rakan sebaya.
Bukan melulu dan membogelkan sikap tidak matang, tidak cerdik dan mahu diri disokong pada pihak yang benar, sedang hakikatnya tidak mengetahui punca sebenar.
Shila, ingat, jangan ‘terbang terlalu tinggi’ sehingga apabila anda jatuh, ia berkecai, tidak ada satu pun yang boleh dicantum lagi.
Seperti mana bangganya anda terhadap bangsa atau media Cina berhubung pencapaian anda, begitu juga media Melayu yang tidak pernah putus-putus menyokong anda selama ini.
Gosip itu lumrah. Itu bayaran menjadi orang terkenal, namun jangan sampai memperlekeh sesama kita, sesama bangsa dan lapangan tempat anda mencari rezeki. Semoga anda menjadi Melayu yang tidak mudah lupa
shila amzah
Apa pun diharap media Melayu tidak bertindak untuk memboikot Shila Amzah di masa hadapan. Anggaplah ini satu pengajaran buat semua pihak. Nanti kalau diboikot, suram pulak industri hiburan kita. Lebih-lebih lagi Shila memang antara penyanyi hebat yang perlu diketengahkan pencapaiannya. Kepada Shila dan para peminatnya, mungkin perlu lebih berhati-hati di masa hadapan. Fikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. 
sumber: beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog