Wednesday 25 March 2015

Pulau Ini Merupakan Lokasi Yang Paling Sukar Dikunjungi Oleh Manusia!


Walaupun kita berbangga dengan kemajuan yang kita perolehi dizaman moden ini, apa yang patut kita tahu ialah, masih ada segolongan manusia yang hidup tanpa mengetahui pun wujudnya kemajuan seperti yang kita nikmati hari ini.


Ini kerana golongan ini adalah sebahagian daripada suku kaum yang langsung tidak disapa dengan tamadun moden kerana terpisah dengan dunia luar.

Pulau Sentinel Utara yang menjadi sebahagian daripada Kepulauan Andaman dan Nicobar di Laut Bengal yang lokasinya antara Myanmar dan Indonesia ialah lokasi yang menempatkan suku kaum ini.





Puak Sentinel dikatakan sangat terasing sehinggakan Pulau Sentinel Utara digelar sebagai tempat paling sukar untuk dikunjungi di dunia.

Orang-orang Sentinel dipercayai adalah keturunan dari manusia pertama yang datang dari Afrika dan telah mendiami pulau tersebut sejak 60,000 tahun yang lampau. Populasi mereka dianggarkan antara 40 hingga 500 orang.

Tidak banyak yang diketahui tentang kaum ini malah bahasa mereka juga tidak diketahui dan kelakuan mereka juga tidak dapat dikenalpasti.




Apa yang pasti, mereka hidup dengan cara memburu dan bukannya bertani.

Terdapat cerita-cerita yang agak mengerikan tentang bagaimana orang-orang Sentinel memberi reaksi kepada orang yang datang melawat ke pulau tersebut.

Dikatakan sama ada pelawat-pelawat itu kembali dari pulau tersebut dalam keadaan cedera atau tidak pulang langsung!

Pada tahun 1974 misalnya, sekumpulan manusia telah ke sana untuk merakam satu dokumentari namun pengarahnya telah ditembak dengan anak panah sepanjang 8 kaki dipehanya!




Lawatan terakhir pada tahun 2006 juga tidak berakhir dengan baik apabila dua orang nelayan telah dibunuh ketika menangkap ikan di kawasan pulau tersebut.

Mungkin membiarkan puak ini di lokasi asal mereka adalah cara terbaik untuk kaum ini berbanding memperkenalkan tamadun moden kepada mereka kerana dikhuatiri ianya mungkin boleh mengancam kehidupan mereka.

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog