Monday 23 March 2015

GAMBAR-GAMBAR: Elfira Loy Makin Ayu Bertudung, Akui Baim Wong Cuba Memperisterikannya


Makin ayu dan makin menawan  Elfira Loy ini sejak mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Sudah pasti ramai peminat Elfira yang gembira dengan perubahan ini. Selain bertudung,  Elfira juga dilihat begitu teliti memilih pakaian agar ia bersesuaian dengan imej barunya. Tiada baju ketat atau fesyen yang tidak masuk akal.



Bercakap tentang Baim Wong yang dianggap ramai sebagai kekasihnya, Elfira Loy mengakui yang lelaki tersebut berniat untuk memperisterikannya. Kata Elfira meerusi Berita Harian:-

Jika saya ini lelaki, barangkali saya boleh cakap lebih. Tapi saya hanya perempuan yang molek berdiam diri. Itu yang sepatutnya. Cuma sebelum ini apabila saya tidak mahu hal ini dicetuskan spekulasi, saya bersuara dan mengeluarkan kenyataan.

Biar mungkin orang melihat hubungan kami seperti di tahap bercinta, saya boleh katakan dia hanya sekadar kawan rapat saja pada tahap sekarang. Saya ini memang jenis manusia dan wanita yang susah nak bercinta sebenarnya.

Mungkin orang agak saya ini konservatif. Tak kisahlah. Tapi saya lihat dia (Baim) ini nak kenal saya melalui keluarga terutama ibu. Saya sedar dia ada niat baik untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Tetapi sejauh mana itu, semua ketentuan dan rezeki-Nya


Untuk makluman, Baim Wong sanggup terbang dari Indonesia untuk menyambut hari jadi Elfira Loy bersama-sama baru-baru ini. Pastinya itu tanda kesungguhan daripada pelakon kacak tersebut. Insya Allah kita doakan agar mereka berdua dipermudahkan jodoh. Kalau dah tertulis, pasti akan berkahwin jua.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog