Friday 13 March 2015

Didakwa Meliwat Tegar, Bekas Pengurus Serah Pada Peguam



Setelah didakwa melakukan penderaan secara seksual kepada penyanyi dari Indonesia, Tegar yang bernama Muhammad Arif Dollah tampil menafikan dakwaan tersebut. Tuduhan meliwat, mandi bersama, curi barangan berharga dan tidur tanpa pakai seluar dalam kesemuanya dinafikan oleh bekas pengurus penyanyi cilik tersebut. 

Kejadian-kejadian tersebut dikatakan berlaku mulai awal November tahun lalu hingga Januari lalu ketika Tegar berada di Malaysia untuk memenuhi undangan persembahan.


Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan memang amat berat sekali sehingga memaksa Arif Dollah mengambil keputusan untuk melantik peguam demi membersihkan namanya. Tuduhan pertama datangnya dari ibu Tegar pada 23 Februari lalu yang mendakwa Arif Dollah meliwat anaknya menerusi SMS. 


Kata Arif Dollah:-

Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor jika benar dia diliwat.

Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.

Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain? Bagaimana boleh timbul pula cerita saya menyuruh dia tidur memakai seluar dan menemaninya ketika mandi?

Di rumah itu hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik.

Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja. Bagaimanapun, saya akui ada menemani Tegar mandi tetapi saya hanya tunggu di luar pintu bilik air kerana Tegar seorang yang penakut.

Gitar itu berharga hampir RM10,000 dan kami berkongsi membelinya. Barangan itu tidak hilang sebenarnya, cuma ‘disorok’ di rumah itu. Saya menyimpannya atas permintaan Tegar sendiri.

Dia takut barangan itu dijumpai ibunya yang diketahui memang suka menjual barangan berharga untuk mendapatkan wang. Saya akan melantik peguam berhubung perkara ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog