Saturday, 14 March 2015

Ibu Risau Anak Lelakinya Obses Dengan Pisau Dan Darah Dan Mahu Membunuh Orang



LONDON – “Saya bimbang saya membesarkan seorang pembunuh bersiri’ itu ketakutan yang disuarakan oleh seorang wanita, Kim yang terpaksa berdepan dengan anak angkatnya, Rylan, yang obses dengan pisau dan darah.

Malah Ryan, yang berusia tujuh tahun itu juga mempunyai rakan khayalan dikenali sebagai Bleeder.

Menurut Kim, dia dan bekas suaminya, Ryan memelihara Rylan sejak bayi lagi. Ibu kanak-kanak itu merupakan penagih dadah.


Namun kini perangai Rylan amat menakutkan malah dia membayangkan bahawa Bleeder mengarahkan dia membunuh seluruh keluarga itu dengan pisau.

“Ketika Rylan berusia 18 bulan, dia akan menahan nafas hingga tidak sedarkan diri.

“Pada usia tiga tahun pula, dia menikam pisau di tembikai dan menjadi semakin ganas,’’
katanya.

Jelasnya, Rylan juga sering bercakap bahawa Bleeder mengarahkan dia membunuh keluarganya dan mahu menikam dada mereka.

“Ketika Rylan berusia enam tahun, dia mengunci diri dari dalam bilik air, dan apabila menemui pisau cukur, dia mencederakan jarinya hanya kerana ingin melihat darah.

“Pada suatu hari, selepas dia menyebabkan bilik air digenangi air, saya mendapati dia menyembunyikan objek tajam seperti pisau cukur, garpu dan batang pen. Saya bimbang dia akan membunuh seseorang,’’
katanya ketika meluahkan perkara itu dalam rancangan Dr Phil.

Kim memberitahu dia dan bekas suaminya telah menempatkan Rylan di tujuh hospital untuk rawatan namun ia tidak memberikan kesan.

Ketika ini, katanya perangai Rylan semakin ganas dan mula memaki hamun mereka sekeluarga.

rylan menerangkan bagaimana dia membunuh seseorang dengan 2 pisau

Kim and her ex-husband, Ryan, adopted Rylan when he was a baby.His mother was addicted to drugs and both his parents had bipolar disorder
rylan semasa diambil sebagai anak angkat semasa masih bayi

The pair, who have three other children, thought the process had been smooth until they began to realize Rylan was not developing normally

Rylan's Dad, Ryan said: 'When he loses all control, our last resort is a therapeutic hold. We've had to hold him for upwards of 45 minutes to an hour'

Two shave razors, a fork, and an ink pen Rylan hid in the toilet of his father's home
senjata tajam yang disimpan rylan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog