Angela Stoldt mengaku membunuh James Sheaffer pada April 2013, menurut dokumen mahkamah yang difailkan beberapa hari lalu.
Dalam pengakuannya kepada polis, dia berkata, apabila gagal menghapuskan mayat itu selepas merebusnya, Angela membuang saki baki mayat itu di tempat pembuangan sampah.
Dia juga meminta bantuan anaknya untuk membuang mayat itu dengan memberitahunya ia bangkai rusa.
Menurutnya, dia nembunuh pemandu limo itu kerana lelaki itu memusnahkan hidupnya.
Pendakwa raya berkata, mereka mula bertengkar pada 3 April 2013 di rumah Angela mengenai masalah kewangan. Mereka berkongsi akaun bank tetapi tidak tahu alasannya.
Sebelum itu, Angela membancuhkan arak dengan dadah dalam minuman lelaki berkenaan untuk membuat Sheaffer mengantuk dan khayal.
Dia kemudian membawanya ke tanah perkuburan berhampiran dan pertengkaran itu berterusan.
“Dia cuba menyerang saya menyebabkan saya menikamnya.” kata Angela yang mendakwa dia bertindak demikian kerana mempertahankan diri.
Angela kemudian menjerut leher lelaki itu, menyebabkan mangsa mati. Dia mengheret mayat Sheaffer ke rumahnya semula dan mencincang mayat berkenaan.
Satu kaki dimasukkan ke dalam ketuhar dan yang lain dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus.
Apabila gagal menghapuskan mayat berkenaan dengan cara itu, dia memasukkannya ke dalam plastik dan membuangnya ke tong sampah.
Angela menghabiskan beberapa hari lagi untuk memusnahkan lebih banyak bukti, termasuk menanam telefon bimbit mangsa, membuang periuk dan kuali yang digunakan untuk memasak mayat itu.
Tiga minggu selepas itu, dia mengaku melakukan jenayah berkenaan di depan keluarganya.
Kakaknya bertindak menyerahkan dia kepada polis.
Pendakwa raya bercadang memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati.
Bagaimanapun, sekiranya didapati bersalah, dia mungkin akan dipenjara seumur hidup. -Hmetro
No comments:
Post a Comment