Seorang wanita yang memegang gelaran wanita yang paling
gemuk di dunia di Cedar Rapids, Iowa sedang mengalami pertarungan paling besar
dalam hidupnya iaitu untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 200 pounds(90.7185 kg) dengan segera.
Charity Pierce, 38 tahun dengan berat sebanyak 765lb(347 kg)sedang mencuba untuk mengurangkan
berat badannya untuk untuk menjalani pembedahan gastric bypass. Beliau percaya cuma dengan menjalani pembedahan dia akan
dapat mengahwini kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 21 tahun.
“Saya sudah bertekad untuk tidak berkahwin di rumah,
sebaliknya saya mahu berkahwin seperti orang lain,” beliau memberitahu Barcroft
TV.
Sauer bukanlah sekadar kekasih Pierce. Abangnya, Jimmy,
pernah mengadakan hubungan dengan Pierce sehingga Pierce melahirkan anak perempuannya iaitu Charly yang kini berusia 18 tahun.
Pertemuan pertama antara Sauer dan Pierce adalah semasa
Sauer berumur 8 tahun manakala Pierce pula berumur 25 tahun. Mereka bertemu
semula di sebuah parti pada 3 tahun lepas.
“Selepas Charly lahir saya tidak selalu berjumpa dengan
Jimmy, jadi kami bukanlah pasangan,” katanya, “Apabila saya bertemu dengan
Tony, dia kelihatan sangat matang bagi umurnya jadi kami teruskan hubungan kami,”
Pierce mengalami lymphedema, satu keadaan di mana ia menyebabkan bengkak yang teruk di kaki kirinya dan pinggang.
Sauer berkata saiz badan Pierce bukanlah satu masalah, Cuma dia
risau Pierce boleh mati disebabkan saiznya.
Walaupun wanita ini telah mengurangkan pengambilan kalori
dalam pemakanan hariannya dari 10 000 ke 1 200, Pierce cuma dapat menghilangkan
sebanyak 22 pound(10 kg)beratnya dalam tempoh beberapa bulan. Beliau percaya dengan
pembedahan gastric bypass dapat membantu, namun doktor tempatan tidak mahu menjalankan
pembedahan sehingga dia dapat mengurangkan sekurangnya 200 pounds(90 kg)
No comments:
Post a Comment