Friday 10 April 2015

Individu Muslim Tersilap Makan Babi Di Kedai Non-Halal, 'Sesal Separuh Nyawa'!



Akibat tidak berhati-hati memilih tempat untuk menjamu selera, seorang individu ‘sesal separuh nyawa’ kerana termakan lauk yang digaul bersama daging babi.

Melalui laman Facebooknya, dia menulis tentang kronologi kisah yang menyebabkan dia terjamah daging haram itu di Semua House Food Court, Kuala Lumpur.

“Okay cerita dia macam ni… Hari ini aku ada training dekat sini… So aku pergi makan dekat food court bawah… Banyak sangat kedai nasi campur… Ada nasi ayam…



“So aku pilih je mana kedai yang senang nak ambil sebab semua sama… Waktu ceduk lauk aku nampak telur hancur… potato goreng… ayam kicap… Taucu… Chinese cuisine kan…


“So time ceduk lauk aku perasan yang masak tu macam ayam… Sorang amoi ni aku tanya dia cakap tak tau… Sorang laki cina ni duk ambil lauk, aku tanya ayam ke? Dia pun cakap tak tau.”

Kerana musykil, individu itu akhirnya tidak mengambil lauk tersebut, dan memilih untuk menjamah telur goreng, kentang, ‘baked bean’ dan fucuk.

Namun, ceritanya lanjut, ketika mula mengunyah makanan, dia merasa sesuatu yang pelik dengan lauk tersebut, namun cuba untuk tidak mengendahkannya.

“Sampai la bila dah nak habis makan, aku ternampak kedai-kedai sebelah semua ada tulis pork noodle… Non halal… Cepat-cepat aku tanya tauke dia… “Do you serve pork here?”

“Dia jawab, “Yes… All mixed with pork… Are you Muslim? I’m sorry… This is non-halal store.”

Nah, orang cakap ‘sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

Biasalah, di ruangan komen, ramai pengguna meninggalkan seribu satu kenyataan balas dan rata-ratanya menghentam individu tersebut yang dikatakan ‘kurang bijak’ memilih tempat untuk menjamu selera.

Kalau ya pun lapar, takkanlah tak pandang kiri kanan dahulu sebelum makan. Malahan, ketika memilih lauk, moleklah kiranya bertanyakan dahulu status makanan tersebut.

Semoga individu tersebut sedar akan kesilapan sendiri dan lebih berhati-hati di lain hari…

mynewshubmy

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog