Wednesday, 25 March 2015

Wanita Mati Selepas Terkena Suntikan Maut Untuk Besarkan Punggung



SEORANG wanita dari Texas, Wykesha Reid, 34, dilaporkan mati ketika menerima rawatan keempat untuk membesarkan bahagian punggungnya, baru-baru ini.

Menurut ahli keluarganya, Reid berusaha untuk mendapatkan punggung idamannya lantas mengunjungi pusat kecantikan tidak berdaftar untuk tujuan tersebut.

Tidak pulang-pulang selepas mendapat rawatan di situ, ahli keluarganya lantas melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.

Pihak berkuasa menemui mayat Reid hasil pemeriksaan di pusat kecantikan tersebut.

Pemilik pusat itu, Denise Ross, 43, dan Jimmy Clarke, 31, diburu pihak polis kerana menjalankan perniagaan perubatan tidak berlesen selain berkemungkinan besar didakwa menyebabkan kematian Reid.



mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog