Saturday, 2 August 2014

Bawa pulang walaupun secebis

Kuching: “Sekecil manapun cebisan mayat arwah (Tambi Jiee) sekeluarga ditemui, saya berharap ia dapat dipulangkan kepada kami untuk diuruskan mengikut hukum Islam, di sini,” kata Drahman Jiee, abang sulung kepada arwah Tambi, 48, mangsa nahas MH17 yang terhempas di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Menurutnya, mereka sekeluarga sedia menunggu sehingga semua urusan jenazah selesai di Amsterdam dan yakin kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin mempercepatkan proses membawa pulang jenazah ke tanah air.

Selain Tambi, turut terkorban dalam tragedi itu isterinya, Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13. 

Drahman, 64, berkata, pihaknya belum dimaklumkan lagi mengenai perkembangan terbaru berhubung penemuan mayat arwah Tambi sekeluarga melainkan usaha mengenal pasti semua mangsa nahas masih diteruskan.

 “Kami sekeluarga hanya mampu berdoa supaya mayat arwah dan keluarganya dapat ditemui dengan sempurna selain berharap urusan pengebumian dapat dilaksanakan segera. “Kalau ditakdirkan mayat mereka sekeluarga tidak dijumpai, kami reda. Saya percaya ini semua ketentuan Allah SWT,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog