Tuesday 6 May 2014

Rozita Che Wan, Zed Saidi bergambar manja

Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontroversi dengan perkongsian gambar yang agak intim sebelum ini, kali ini Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula turut berkongsi gambar yang lebih kurang serupa. Namun gambar Che Ta dan Zain lebih romantis dengan bunga ros merah berbentuk “love” sebagai latar belakang. Che Ta telah berkongsi gambar ini di akaun Instagramnya dengan caption “Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin“.
rcw zain
Seperti biasa di ruangan komen penuh dengan reaksi para peminat pasangan suami isteri ini yang mengkritik dan memuji. kalau ikutkan, tak manislah kalau gambar atas katil pun dikongsi untuk tatapan ramai walaupun bertujuan untuk menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun tidaklah seksi atau nampak “lucah“, namun ia masih kurang manis untuk ditatap oleh orang ramai. Biarlah gaya aksi di bilik menjadi rahsia suami isteri sahaja.
rcw zain
Harap-harap selepas ini jangan ada pula selebriti yang buat video atau gambar yang lebih intim dan dikongsi di akaun media sosial. Teknologi yang canggih harus digunakan dengan teliti. Jangan sampai menimbulkan kontroversi. Harap-harap perkara ini menjadi “trend” di kalangan selebriti.

Kucing hilang ditemui.. Sebelah poster diri sendiri hilang

    missing cat, poster, Twitter, viral, internet, funny

Moggy yang ‘hilang’ telah menjadi kegilaan internet, selepas gambar kucing itu diambil bersebelahan dengan poster yang melaporkan kehilangannya.
                                        
Dalam gambar itu menunjukkan yang kucing itu sedang duduk di tingkap merenung ke luar tingkap  dengan sehelai poster yang memaparkan kucing yang sama, di bawah tajuk ‘HILANG’

Gambar yang kelakar itu telah dimuat naik oleh pengguna twitter iaitu @RAC dan telah dishare beratus kali.
Seorang pengguna yang lain mencadangkan kucing itu pasti sedang berfikir: “Saya tak tahu. Nampaknya mereka sudah tidak sedar kehadiran saya langsung."

Hahaha ada-ada jelah kucing ni. Kau tengok muka dia tu. Takde ekspresi langsung. Macam kucing aku je. Corak pun sebijik. -_-


Johan As'ari belum temu wanita idaman

                                                         

Tidak beberapa lama sebelum ini nama Johan As’ari menjadi bualan peminat industri hiburan setelah memutuskan hubungan cinta dengan Lana Nordin walaupun pernah mengumumkan telah melamar dan mahu berkahwin dengan artis wanita tersebut.

Johan As’ari juga pernah dikaitkan degan Izreen Azminda, Nabila Huda dan Shila Hamzah. Disebabkan oleh perkara tersebut, dia mendapat gelaran playboy.
                    
Melalui Sinar harian, ketika ditanya tentang cintanya, Johan memberikan respon:

“Kali ini, janganlah ada perigi cari timba. Apa yang paling penting saya akan utamakan restu kedua ibu bapa saya.”

Katanya lagi, “Saya tidak boleh lari dari memiliki perasaan untuk bercinta itu. Ia suatu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta saya bukan manusia yang baik.”

Apabila ditanya sama ada dia mempunyai ramai kawan wanita, Johan mengakuinya namun menyatakan mereka sekadar berkawan.

“Memang saya mempunyai ramai kawan wanita, namun bukan wanita idaman.”
Apa-apapun, semoga Johan akan menemui wanita idamannya dan seterusnya menamatkan zaman bujangnya.

Nelayan berjaya tangkap jerung aneh

Pada 19 Apri, seorang penangkap udang secara kebetulan telah menangkap seekor jerung Goblin  di perairan Key West, Florida.

“Saya sendiri tak tahu apa binatang tu,” kata nelayan Carl Moore. “Saya tidak dapat untuk mengukur panjang ikan tersebut kerana ia mempuyai gigi yang agak menakutkan.”

Sebaliknya, Moore telah mengambil beberapa gambar dan membuang semula ikan jerung itu ke laut. 

Moore tidak melaporkan pertemuan tesebut kepada National Oceanic and Atmosphere Administration sehingga pada hari Khamis. Menurut kepada NOAA, jerung setinggi 18 kaki tersebut adalah yang kedua pernah ditemui di Gulf. “Ia adalah spesies jerung yang sangat jarang,” menurut NOAA.

Jerung Goblin kerap ditemui di persisiran Jepun, lapor Chronicle. Ciri-ciri jerung tersebut ialah “pinkish white” atau merah jambu putih dengan sirip berwarna kebiruan, menurut NOAA


Berikut merupakan gambar-gambar jerung tersebut yang diambil oleh Moore. 

shark 1
shark 3

Remaja dirogol teman lelaki

                                       

SABAK BERNAM – Keinginan pelajar tingkatan empat berseronok dengan teman lelaki sehingga sanggup ponteng sekolah, akhirnya bertukar detik hitam apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Sungai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, 16, dipercayai dirogol temannya lelaki itu antara jam 8 hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana bekerja.

Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk membawanya ke rumah dan kemudiannya bertindak merogol mangsa yang baru dikenalinya kira-kira sebulan lalu.

“Lelaki yang mengenali mangsa melalui rakannya dipercayai pernah melakukan seks oral beberapa kali sebelum ini, namun mengakui baharu pertama kali melakukan hubungan seks dengan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya selepas seorang rakan mangsa menghubunginya memaklumkan mangsa tidak ke sekolah.

Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan, tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.

“Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan,” katanya.

Noor Mushar berkata, kakak mangsa yang terkejut dengan pengakuan adiknya itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi memaklumkan kejadian terbabit.

“Polis mereman suspek yang bekerja sebagai mekanik bermula 29 April lalu sehingga 6 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya.

Bayi lahir hasil seludup sperma

                                     Lagi bayi lahir, hasil seludup sperma


TEBING BARAT - Seorang lagi wanita melahirkan anak perempuan hasil sperma suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel.

Menurut Dr Salem Abu Khaizaran di Klinik Razan, kira-kira 15 bayi dilahirkan melalui prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) sejak kejayaan proses itu pertama kali dicipta di Tebing Barat pada Ogos 2012.

"Tujuan kaedah seperti itu digunakan adalah untuk membantu isteri tahanan yang berhasrat mempunyai zuriat walaupun suami mereka tiada di sisi.

"Kos melakukan prosedur IVF biasanya mencecah antara AS$2,000 (RM6,500) dan AS$3,000 (RM9,800). Tetapi, kami menawarkan ia secara percuma kepada isteri tahanan atas sebab kemanusiaan," katanya.

Difahamkan, penyeludupan sperma tersebut juga dilakukan dalam pelbagai cara tanpa diketahui pihak berkuasa penjara Israel.

Sementara itu, media Arab News melaporkan, enam wanita yang menjalani prosedur sama di Gaza juga bakal bergelar ibu dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Seniman teragung negara Aziz Sattar meninggal dunia


                         

Kajang: Pada kira-kira jam 2 pagi,  Datuk Abdul Aziz Sattar telah disahkan meninggal dunia kerana penyakit jantung di Hospital Kajang.

Sankadiah, anak perempuannya memberitahu ayahnya masuk ke hospital sejak kelmarin kerana diserang sakit jantung. Allahyarham meninggal dunia di samping dua anak, seorang menantu dan seorang cucu.

"Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebaik dibenarkan pihak hospital." katan Sandakiah apabila dihubungi BH online sebentar tadi.

Katanya lagi, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Aziz Sattar merupakan nama yang besar dalam industri hiburan. Gandingannya bersama dengan seniman negara Allahyarham S Shamsudin dan juga Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai trio Bujang Lapuk antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.






Saturday 3 May 2014

Misha Omar dan Feros Ezzwan selamat diijabkabul

Pada tarikh 02.05.2014 penyanyi terkenal tanah air Misha Omar telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Firos Ezzwan di Hotel Renaissance, Kota Bharu. 

Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar menerima mas kahwin seberupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran yang disediakan dari pihak pengantin lelaki.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Adibah Noor yang bertindak selaku pengacara manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.

Untuk makluman, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan malam ini di hotel yang sama sementara 12 Mei adalah tarikh resepsi pengantin lelaki yang bakal diadakan di Hotel Concorde Kuala lumpur.

Berikut merupakan gambar-gambar majlis perkahwinan Misha Omar dan Feros Ezzwan:
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar
misha omar

Guna kentang untuk merompak

                                      

Providence- Polis Providence telah menahan seorang lelaki yang menggunakan sebiji kentang sebagai samaran pistol semasa cubaan merompak minggu lepas.

Gary Deming of Cranston, 34 tahun ditahan semasa cubaan merompak. Saksi berkata bahawa dia berpura-pura seolah sedang memiliki sepucuk pistol semasa meminta duit dari kedai runcit dan juga cucian kering pada 21 April.

Pengurus kedai tersebut mengejar perompak tersebut dengan kayu besbol manakala pekerja tempat cucian kering pula menyerahkan $20 yang palsu kepada Gary.

Stesen membuat laporan bahawa Deming turut memecah masuk rumah kakaknya pada hari yang sama dengan kejadian kentang di kedai runcit. Kakaknya memberitahu polis bahawa adiknya telah mengambil sebuah beg dompet, kad debit dan wang tunai $100.


Feri karam: Baki mayat mungkin tidak akan ditemui

                                
SEOUL - Penemuan satu mayat pada jarak agak jauh dari feri karam Korea Selatan, Sewol mencetuskan kebimbangan kemungkinan ramai mangsa yang masih hilang tidak akan dapat ditemui lagi.
Lebih dua minggu selepas feri seberat 6,825 tan itu terbalik dan karam, seramai 213 orang telah disahkan mati tetapi masih terdapat 89 lagi mangsa yang belum ditemui.
Perkembangan itu menimbulkan perasaan marah dan kecewa dalam kalangan ramai waris mangsa feri karam Sewol.
Kelmarin, sebuah bot nelayan mengangkat satu mayat dari permukaan laut pada jarak dua kilometer dari lokasi penemuan utama mangsa feri karam tersebut dekat Pulau Jindo, selatan Korea Selatan.
"Penemuan ini meningkatkan kesedaran kami bahawa kami perlu memastikan mayat-mayat mangsa hilang," kata jurucakap Kementerian Lautan dan Perikanan, Park Seung-Ki.
Namun, adalah sukar untuk pihak berkuasa menghalang perkara tersebut daripada berlaku kerana sehingga kini masih terdapat 22 daripada 66 kabin penumpang feri tersebut yang belum diperiksa penyelam-penyelam.
Feri Sewol terbalik pada 16 April lalu bersama 476 orang dengan lebih 300 mangsa merupakan pelajar dan guru sebuah sekolah tinggi di Ansan, selatan bandar raya ini.
Kapten kapal itu, Lee Joon-Seok ditahan selepas kejadian itu atas dakwaan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian.
Perdana Menteri, Chung Hong-won turut mengumumkan peletakan jawatan pada Ahad lalu ekoran cara kerajaannya mengendalikan kejadian itu sehingga mencetuskan kemarahan waris keluarga feri tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz30ZMBUDtH 
Hakcipta terpelihara 

Mayat tertiarap dan mata ditutup

                                Foto
Nibong Tebal: Rasa curiga seorang nelayan terhadap objek misteri dilihatnya membawa kepada penemuan mayat lelaki di Sungai Kerian di sini, pada jam 9.30 pagi, semalam.
Mayat lelaki berkenaan ditemui tersangkut di tebing sungai dan terlindung sampah sarap. 
Penelitian dilakukan nelayan berkenaan mendapati mayat berseluar panjang dan baju-T warna hitam dengan mata ditutup menggunakan kain dalam keadaan tertiarap. 

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, ketika kejadian nelayan berkenaan dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan di perairan berhampiran.

“Kami sedang mengesan identiti mayat berkenaan pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa juga gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri.

“Keadaan mayat yang sudah membengkak dan berada dalam air untuk tempoh agak lama juga menyukarkan pihak kami untuk mengena lpasti keturunan dan status warga negaranya,” katanya. 

Shafien berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan terperinci membabitkan pelbagai kemungkinan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki berkenaan sama ada ia berunsur jenayah atau sebaliknya. 

Berikutan itu, orang ramai kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta tampil bagi proses pengecaman mayat terbabit. 

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog